Lana Amara Zainal tak pernah terfikir hidupnya yang biasa-biasa tiba-tiba bertukar jadi luar biasasemua gara-gara satu salah faham yang tak masuk akal. Dari seorang pembantu peribadi yang selalu tersilap bawa fail mesyuarat, dia tiba-tiba disangka sebagai tunang ceo terkenal, Ryan Haikal Idris!
Ryan, yang tengah sibuk menyelamatkan reputasi syarikatnya dari skandal liar, tak ada pilihan lain selain 'membenarkan' salah faham itu berterusan. Sebuah kontrak pun dibuatLana perlu berpura-pura sebagai tunangnya sehingga keadaan reda. Bunyi macam mudah, tapi dalam dunia korporat yang penuh dengan mata-mata tajam dan gosip liar, 'lakonan' mereka bukan sekadar berpegangan tangan depan media.
Apa yang sepatutnya sekadar sandiwara mula bertukar jadi huru-hara bila Lana, dengan perangainya yang selamba dan kadang-kadang luar kawalan, mula mengucar-kacirkan hidup Ryan. Daripada sesi mesyuarat penting yang bertukar jadi sesi bidas-membidas, hinggalah ke detik-detik manis yang tak sepatutnya wujud antara merekabatas antara realiti dan pura-pura semakin kabur.
Tapi, mungkinkah cinta boleh wujud dalam kontrak? Atau Lana hanya akan kekal sebagai ceo palsu dalam hidup Ryan?
Dieser Download kann aus rechtlichen Gründen nur mit Rechnungsadresse in A, B, CY, CZ, D, DK, EW, E, FIN, F, GR, H, IRL, I, LT, L, LR, M, NL, PL, P, R, S, SLO, SK ausgeliefert werden.