Terdapat pemikiran Pro-Barat yang menebal dalam minda Raja-Raja Melayu semasa zaman kolonial British, seperti yang ditunjukkan oleh Sultan Perak pada 3 Mei 1924. Baginda menyatakan walaupun baru 50 tahun Perak berada di bawah kedaulatan British, Kemakmuran dan kemajuan Tanah Melayu berkembang pesat di bawah kedaulatan British. Ia disebabkan pentadbir-pentadbir British yang bijak, berfikiran luas dan adil seperti Sir Frank Swettenham, Sir Hugh Clifford dan Sir Ernest Birch. Baginda mengkehendaki semua remaja Melayu untuk mempelajari budaya dan bahasa Inggeris serta pemikiran British. Baginda juga mahu semua remaja Melayu untuk bermain permainan Inggeris. Baginda sendiri sangat menggemari polo dan berharap remaja Melayu akan melakukan perkara yang serupa. Dengan bercakap dan bermain bersama-sama, kedua-dua pihak akan mengenali satu sama lain dan memahami pandangan masing-masing. Perkara yang sama turut dilontarkan oleh Pemangku Raja Perak pada 11 Jun 1924.